Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. FOTO Zain Ahmed
Izlaily Nurul Ain Hussein


TANGGUNGJAWAB memimpin sebuah negeri khususnya Johor bukan tugas mudah.

Itu reaksi bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengulas mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Naib Presiden UMNO itu berkata, sesiapapun boleh menjadi orang politik dan wakil rakyat tetapi untuk memikul

tanggungjawab memimpin sebuah negeri bukanlah mudah.

“Saya percaya semua orang boleh jadi orang politik dan wakil rakyat, tetapi untuk diberi tanggungjawab khususnya memimpin negeri seperti Johor, bukan mudah.

“Dekat setahun beliau (Osman) menjadi Menteri Besar, pucuk pimpinan negara dan partinya tertekan manakala istana dan rakyat Johor terkesan dengan tindakan serta kepemimpinannya.

“Akhirnya dia keseorangan yang membawa kepada peletakan jawatannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamed Khaled berkata, siapapun pengganti jawatan Menteri Besar itu, beliau mengharapkan pemimpin yang lebih baik prestasinya.

“Pastinya, sesiapapun yang ganti dijangka lebih baik prestasinya,” katanya.

Berita berkaitan

'https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/442878/update-mb-johor-paling-singkat

'Dia mahu letak jawatan, kami terima' - PM

MB Johor letak jawatan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2019 @ 10:10 PM