PAPARAN video yang sempat dirakam orang awam yang menunjukkan lelaki terkapai-kapai selepas terjun ke sungai. FOTO Ihsan Pembaca
PAPARAN video yang sempat dirakam orang awam yang menunjukkan lelaki terkapai-kapai selepas terjun ke sungai. FOTO Ihsan Pembaca
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


LELAKI dikhuatiri lemas selepas terjun dari atas jambatan Sungai Kerian, di Parit Buntar, hari ini.

Dalam kejadian 9.15 pagi itu, tindakan lelaki berkenaan terjun ke sungai terbabit disedari orang ramai yang berada di kawasan berhampiran.

Video mangsa terkapai-kapai di permukaan air turut sempat dirakam orang awam sebelum lelaki terbabit tenggelam dikhuatiri lemas.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar, Ahmad Rosyed Isa berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian 9.30 pagi tadi dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya bomba di lokasi kejadian kami dimaklumkan terdapat seorang mangsa dipercayai terjun ke dalam sungai dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 April 2019 @ 11:58 AM