KERJA pengalihan bas pekerja yang terbabit dalam nahas di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Mohd Azam Shah Yaacob


EMPAT jenazah wanita warga Indonesia mangsa kemalangan bas kilang di Jalan S8 Pekeliling berhampiran MAS Kargo dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sudah dituntut pihak kedutaan negara itu hari ini.

Empat mayat itu membabitkan mangsa dikenal pasti sebagai Fitri Nurjahari, 21, dituntut di Hospital Putrajaya, manakala jenazah Loka Harahap, 23, Rosvita Azura Afrianti dan Ayu masing-masing berusia 22 tahun dituntut di Hospital Serdang.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, keempat-empat mayat itu dituntut oleh pihak kedutaan yang mewakili waris pada pagi tadi.

Katanya, jenazah dijangka akan dibawa pulang menaiki pesawat ke Indonesia pada esok pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkifli berkata, selain itu, pihak Kedutaan Bangladesh juga akan menuntut lima mayat warga negara itu pada petang ini membabitkan jenazah Mohin, 37, Md Razib Munsi, 26, Al Amin, 25, Md Sohel, 25, dan Golam Mostafa, 22, yang kini berada di Hospital Serdang.

Katanya, polis kini sedang meneliti serta menyiasat dakwaan mengatakan bas terbabit berlumba sebelum kejadian berlaku.

“Buat masa ini polis masih belum mengenal pasti punca kejadian termasuk sedang menyiasat dakwaan bas itu dikatakan berlumba sebelum nahas berlaku.

“Malah polis masih menunggu laporan ujian darah pemandu bas berkenaan,” katanya.

Menurut Zulkifli, angka kematian masih kekal seramai 12 orang.

Dalam kejadian yang berlaku 11.10 malam Ahad lalu, seramai sembilan orang termasuk pemandu bas kilang disahkan maut di lokasi kejadian selepas kenderaan dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam longkang besar sedalam kira-kira 10 meter.

Angka kematian meningkat kepada 12 orang apabila tiga lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Mangsa yang meninggal membabitkan empat wanita warga Indonesia, lima lelaki Bangladesh, dua lelaki Nepal dan seorang lelaki rakyat tempatan yang juga pemandu bas terbabit.

Berita berkaitan:

  • Polis siasat dakwaan bas pekerja berlumba
  • Bas dihantar ke PUSPAKOM
  • Polis teliti rakaman CCTV
  • Mayat pemandu bas dituntut keluarga
  • 'Kalau ada salah laku, tarik lesen
  • 'MASkargo bantu urus penghantaran pulang jenazah
  • 'Mangsa dalam bas berterabur' [METROTV]
  • Bas terjunam: Kematian cecah 12 orang
  • Pemandu bas tiada rekod kesalahan lalu lintas
  • Kenapa bas ikut laluan berbeza?
  • Bas terbabit nahas sudah dialihkan
  • [UPDATE] Mangsa kakitangan Mutiara Kayamas
  • [UPDATE] Seorang lagi penumpang maut [METROTV]
  • 10 maut nahas bas pekerja
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 April 2019 @ 1:27 PM