Mohammad Ashraf Hassan
Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@nstp.com.my


“KALAU betul Acap (Mohammad Ashraf Hassan, 29) ada di Johor, Alhamdulillah, tapi orang yang sebar tular perlu tampil dan bawa kami sekeluarga ke lokasi Acap di Johor supaya kami tidak perlu mencarinya lagi,” kata Mohd Zahiruddin, 35.

Mohd Zahiruddin yang juga abang kepada Acap berkata, sehingga kini mereka sekeluarga belum menemui Acap dan memang ada terbaca berita yang tular mendakwa adiknya itu sudah ditemui di Johor.

Katanya, setakat ini berita berkenaan tidak sahih dan individu yang membuat dakwaan itu diminta berjumpa dengan keluarga dan membawa mereka bertemu Acap.

“Bawalah kami berjumpa dengannya kalau betul, jangan cuma membuat tular sahaja sedangkan kami dan pasukan mencari masih mencarinya di kawasan dia dilaporkan hilang.

“Setakat ini apa yang boleh saya cakapkan benda ini tidak betul kerana kami sekeluarga belum menemuinya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Hari ini adalah hari ke-19 kehilangannya dan hari ke-18 pencarian dijalankan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) selepas Juruteknologi Makmal, Klinik Kesihatan Muar itu dilaporkan hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail, pada 23 Mac lalu.

Mohd Zahiruddin berkata, usaha pencarian dan rondaan masih dijalankan hari ini dibantu rakan serta pasukan SAR.

Katanya, dia juga akan turut berjumpa beberapa agensi untuk berbincang mengenai kehilangan adiknya itu.

Menurutnya, walaupun sudah lebih dua minggu usaa pencarian adiknya, tetapi mereka tidak akan berputus asa mencari sehingga adiknya ditemui.

“Saya bekerja di syarikat swasta, sudah hampir setengah bulan cuti , saya pun tak tahu macam mana dengan kerja.

“Fokus saya ketika ini adalah mencari adik,” katanya.

Berita berkaitan

18 hari dah Acap...

Acap di Johor?

Tepati syariat dalam pencarian Acap - Mufti

Penganjur nafi hebah ops cari Acap [METROTV]

Semoga Acap cepat ditemui

Ambil tindakan penyebar kenyataan palsu Acap

Tiada ganjaran pencarian Acap

'Acap...mak kat sini...balik nak' [METROTV]

Tiada petunjuk, SAR Acap dihentikan

Rakan yakin Acap selamat

Peserta hilang ketika larian

'Baliklah Acap, mak masak asam pedas...'

Masih tiada petunjuk pencarian Acap

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 April 2019 @ 3:22 PM