RAKAMAN pelawak menendang pengawal keselamatan yang tular di media sosial.
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


POLIS akan merujuk kertas siasatan kes pengawal keselamatan dibelasah dan ditendang oleh seorang pelawak di Taman Acacia, Nilai, Sabtu lalu, kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, pihaknya akan merujuk kes itu dalam masa terdekat.

“Kita akan rujuk kepada TPR dan menunggu arahan untuk mendakwa lelaki itu di mahkamah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap lelaki itu mendapati dia tidak berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

Dalam kejadian jam 8 malam Sabtu lalu, artis berusia 49 tahun yang memandu Proton Perdana dikatakan memasuki kawasan perumahan tanpa kebenaran selepas mengekori kenderaan seorang penduduk.

Tindakan itu menyebabkan pengawal keselamatan menutup palang pos keselamatan dan mengejar kereta lelaki terbabit.

Pelawak itu yang tetapi tidak boleh keluar kemudiannya bertengkar dengan pengawal keselamatan sebelum menumbuk muka mangsa tiga kali selain menendang pinggang serta membaling batu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

'Pak Ya nak saman pelawak

Pelawak belasah 'pak guard' bebas dengan jaminan

Tak simpan dendam [METROTV]

Pelawak tumbuk pengawal keselamatan ditahan

Pengawal keselamatan cedera ditumbuk pelawak [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2019 @ 3:11 PM