LAPAN kenderaan dilanggar jentera kren di Jalan Batu Arang, hala ke Kuala Garing, dekat Rawang, pagi tadi. FOTO Ihsan Pembaca
Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


SEBANYAK lapan kenderaan rosak selepas dipercayai dilanggar jentera kren di Jalan Batu Arang, menghala ke Rawang, dekat Rawang, hari ini.

Kejadian kira-kira 9 pagi itu menyebabkan seorang pengguna jalan raya parah dan seorang lagi cedera.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan 9.18 pagi sebelum petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang ke lokasi.

"Kami mendapati kemalangan membabitkan sembilan kenderaan dan terdapat dua mangsa yang cedera.

"Seorang parah dan seorang lagi cedera. Pihak kami memberikan bantuan kepada mangsa terbabit dan membantu operasi mengeluarkan mangsa dari kenderaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2019 @ 12:05 PM