MENTERI Besar Johor, Datuk Osman Sapian mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, di Istana Pasir Pelangi. FOTO RPO


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian di Istana Pasir Pelangi, hari ini.

Pertemuan dipercayai bagi membolehkan Osman menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Sultan Johor.

Terdahulu, Osman tiba di Istana Pasir Pelangi pada 9.05 pagi.

Beliau tiba di Istana Pasir Pelangi menaiki kenderaan rasmi jenis Audi bernombor pendaftaran JRA 1.

Ketika tiba, Osman sempat membuka tingkap dan melambaikan tangan kepada wartawan dan jurugambar yang menunggu sejak 8 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2019 @ 10:27 AM