PERAIH undi bersorak untuk menarik perhatian orang ramai yang datang sempena hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Rantau, Negeri Sembilan. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Rizanizam Abdul Hamid
am@hmetro.com.my


TINDAKAN peraih undi parti bertanding memancing undi menyebabkan laluan menuju Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, sesak.

Peraih undi dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berdiri di bahu jalan untuk memancing undi pengundi yang mula hadir pada 8 pagi.

Mereka turut memegang bendera kecil parti berbaris sambil melaungkan nama dan nombor calon masing-masing.

Suasana ini semakin hangat apabila jumlah pengundi semakin bertambah menjelang 9 pagi.

Kehadiran anggota polis trafik membantu melancarkan pergerakan kenderaan untuk keluar dan masuk ke pusat pengundian.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun dilaporkan berkata, aktiviti meraih undi di sekitar kawasan pusat pengundian dihentikan dan tindakan membina pondok panas atau barung adalah satu kesalahan sebaik tempoh kempen tamat pada 11.59 malam tadi.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Rantau
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2019 @ 10:45 AM