Muhammad Apendy Issahak

MEMASUKI hari ke-22 kehilangan peserta Gopeng Urban Trail 2019 (GUT 2019), Mohammad Ashraf Hassan, 29, sejak 23 Mac lalu, usaha pencarian masih diteruskan.

Hari ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan secara besar-besaran.

Operasi Khas, Ops Kesan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak digerakkan dengan kekuatan lebih 200 anggota membabitkan beberapa agensi serta sukarelawan.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, operasi khas itu membabitkan kira-kira 180 pegawai kanan, pegawai dan anggota JSJ IPK Perak termasuk daripada Bahagian Siasatan Khas (D9) serta Unit Forensik IPK selain dibantu anggota dan dua Unit Anjing Pengesan ((K9) Bukit Aman.

Menurutnya, selain polis Ops Kesan diketuai Ketua JSJ Perak, Senior Asisten Komisioner, Yahya Abd Rahman itu juga dibantu lebih 50 anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta sukarelawan.


OPERASI mencari dan menyelamat Acap digerakkan secara besar-besaran. FOTO Abdullah Yusof

“Pencarian dilakukan berdasarkan maklumat dan petunjuk yang diperoleh sebelum ini membabitkan kawasan Bukit Batu Putih dan Kampung Jahang selain kawasan yang belum diliputi.

“Kawasan pencarian juga meliputi kawasan isyarat terakhir telefon mangsa dikesan iaitu kira-kira 2.8 kilometer dari garisan penamat larian,” katanya ketika sidang media sebelum operasi dimulakan di Kampung Pintu Padang.

Hadir sama, Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Yunus Abu dan Mohd Zahiriddin Hassan, 35, abang kepada Mohammad Ashraf.

Pasukan pencarian dibahagikan kepada 38 kumpulan membabitkan tiga hingga empat orang setiap kumpulan dan operasi dijangka tamat jam 5 petang mengikut keadaan.

Ditanya sama ada operasi pencarian Mohammad Ashraf atau lebih mesra dipanggil Acap dalam kalangan keluarga dan rakan akan dihentikan sekiranya mangsa masih gagal ditemui hari ini, Razarudin berkata usaha tetap diteruskan namun seperti sebelum ini iaitu pada skala kecil.

“Sejak kehilangan Acap dilaporkan, ramai yang membantu mencarinya termasuk sukarelawan, pengamal perubatan, ustaz selain keluarga dan rakan mangsa.

“Keadaan ini masih berterusan dan polis tidak mahu berlaku kehilangan individu lain pula, maka disebabkan itu pusat operasi pencarian tidak ditutup walaupun SAR hanya dilakukan pada skala kecil,” katanya.

Berita berkaitan

‘Tiada petunjuk baharu’

‘Tunjukkan lokasi Acap di Johor’

18 hari dah Acap...

Acap di Johor?

Tepati syariat dalam pencarian Acap - Mufti

Penganjur nafi hebah ops cari Acap [METROTV]

Semoga Acap cepat ditemui

Ambil tindakan penyebar kenyataan palsu Acap

Tiada ganjaran pencarian Acap

’Acap...mak kat sini...balik nak’ [METROTV]

Tiada petunjuk, SAR Acap dihentikan

Rakan yakin Acap selamat

Peserta hilang ketika larian

’Baliklah Acap, mak masak asam pedas...’

Masih tiada petunjuk pencarian Acap

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2019 @ 1:11 PM
RAZARUDIN (kanan) menyerahkan banting Operasi Khas, Ops Kesan kepada Mohd Zahiruddin (dua dari kiri), di Kampung Pintu Padang, Gopeng. FOTO Abdullah Yusof