Anggota polis ketika operasi mencari dan menyelamat Acap yang hilang sejak 23 Mac lalu. FOTO Abdullah Yusof
Muhammad Apendy Issahak


AHLI keluarga peserta Gopeng Urban Trail 2019 (GUT 2019), Mohammad Ashraf Hassan, 29, masih yakin Juruteknologi Makmal Klinik Kesihatan Muar, Johor itu masih hidup namun tidak dapat dikesan sejak kehilangannya 23 Mac lalu.

Keyakinan itu berdasarkan tiada sebarang bukti atau petunjuk membuktikan perkara sebaliknya selepas pelbagai usaha pencarian dilakukan pasukan penyelamat, sukarelawan, pengamal perubatan, ustaz selain kepakaran dan teknologi yang digunakan.

Abangnya, Mohd Zahiruddin Hassan, 35, berkata, keluarga sehingga hari ini menanti petunjuk atau apa-apa bukti yang boleh mengaitkan kehilangan Mohammad Ashraf atau Acap.

“Kami yakin, ibu pun sama dan semua keluarga yakin, yang Acap masih ada (hidup), sebabnya kalau diikutkan unit yang digerakkan (mencari) adalah unit terbaik daripada pasukan pencarian.

“Pencarian turut menggunakan dron dan unit anjing pengesan (K9), tetapi masih belum jumpa.

“Kalau kata sudah tiada mungkin boleh ditemui dengan K9, tetapi sampai hari ini tak jumpa, jadi kami keluarga yakin dia masih ada,” katanya ditemui sebelum Operasi Khas, Ops Kesan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dijalankan hari ini.

Menurutnya, pihak keluarga tidak mampu mengekang apa yang dikatakan atau disebarkan orang ramai di media serta media sosial dan hanya reda serta berserah saja.

“Jika mereka menabur fitnah, mereka jumpalah dengan Acap nanti kat sana (akhirat), apa yang kami nak buat masa ini adalah kami fokus pada hasil pencarian saja.

“Moga ada petunjuk baru dengan keberkatan bantuan daripada semua kita jumpa sesuatu yang dapat dikaitkan dengan kehilangan Acap,” katanya.

Mohd Zahiruddin berkata, ketika ini hanya dia seorang yang masih berada di lokasi itu untuk meneruskan pencarian kerana ibunya, Siti Maznah Khamis, 62, sudah pulang ke Muar untuk rawatan susulan keadaan kesihatannya yang tidak berapa stabil.

“Hanya saya seorang masih di sini, pencarian dilakukan setiap hari pagi sampai ke malam, tetapi sehingga hari ini masih belum ada tanda positif.

“Bantuan daripada pengamal perubatan pun ramai dari seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan saya juga ada dapat panggilan dari Brunei dan Indonesia tetapi masih tiada hasil, namun sampai hari ini saya belum berputus asa,” katanya.

Berita berkaitan

Operasi besar-besaran cari Acap [METROTV]

‘Tiada petunjuk baharu’

‘Tunjukkan lokasi Acap di Johor’

18 hari dah Acap...

Acap di Johor?

Tepati syariat dalam pencarian Acap - Mufti

Penganjur nafi hebah ops cari Acap [METROTV]

Semoga Acap cepat ditemui

Ambil tindakan penyebar kenyataan palsu Acap

Tiada ganjaran pencarian Acap

’Acap...mak kat sini...balik nak’ [METROTV]

Tiada petunjuk, SAR Acap dihentikan

Rakan yakin Acap selamat

Peserta hilang ketika larian

’Baliklah Acap, mak masak asam pedas...’

Masih tiada petunjuk pencarian Acap

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2019 @ 5:07 PM