FOTO Arkib NSTP
Mohd Azam Shah Yaacob


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran enam pegawai kanannya berkuat kuasa 13 Mei ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman Datuk Asmawati Ahmad berkata, arahan pertukaran itu membabitkan Senior Asisten Komisioner (SAC) Institut Keselamatan Awam (IPSOM) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya Datuk Dr Laila Ali yang ditukar ke Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dengan menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling).

Katanya, sementara itu, SAC Shafien Mamat yang menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling) JIPS Bukit Aman pula dilantik Ketua Penolong Pengarah (Pematuhan) Bahagian Pematuhan Standard JIPS Bukit Aman.

“Selain itu, Asisten Komisioner (ACP) Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Selangor ACP Nordin Manan pula dilantik Timbalan Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Pahang menggantikan ACP Zaldino Zaludin.

“Zaldino pula dilantik Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Risikan/Operasi Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Shafien Mamat FOTO Ihsan Shafien

Asmawati berkata, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Risikan/Operasi Selangor ACP Mohammad Abd Hamid pula dilantik ACP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Selangor.

Ketua Pegawai Keselamatan Istana/Pengiring Sultan Kelantan, Jabatan Pengurusan Kelantan Superintendan Hisham Mahmood dilantik Penolong Ketua Staf Koordinasi Pasukan Khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Jabatan Perdana Menteri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2019 @ 8:28 PM