Operasi mencari Acap diteruskan dengan bomba menggerakkan 20 anggotanya hari ini. FOTO Abdullah Yusof
Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@nstp.com.my


JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak terus menggerakkan 20 anggotanya hari ini untuk menjejak Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang walaupun masih belum menemui petunjuk baru.

Penolong Pengarah JBPM Perak, Mohd Yunus Abu berkata, bomba serta pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang lain sudah melakukan pencarian lebih 20 kali di satu-satu lokasi sejak kehilangannya 23 Mac lalu.

“Lebih 20 kali kita sudah cari di satu-satu kawasan dan hari ini tiada kawasan spesifik kita tumpukan, kita akan sentiasa pusing di sekitar kawasan dia dilaporkan hilang dan akan terus menggerakkan operasi mencari.

“Semalam pun sudah dijalankan operasi besar-besaran oleh polis dan anggota SAR namun kita masih belum menemui petunjuk baru,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hari ini memasuki hari ke-23 kehilangan Mohammad Ashraf atau lebih mesra dipanggil Acap dalam kalangan keluarga serta rakan dan menjadi hari ke-22 operasi SAR untuk mengesannya dilancarkan.

Acap dilaporkan hilang oleh rakannya selepas menyertai Gopeng Ultra Trail di kawasan Gua Tempurung dan kehilangannya itu disedari selepas dia tidak sampai ke garisan penamat 2 petang, 23 Mac lalu.

Menurut Mohd Yunus, anggota JBPM yang melakukan pencarian serta rondaan masih mencari petunjuk baru dan menunggu maklumat terbaru sebelum operasi spesifik di satu-satu kawasan dijalankan.

Berita berkaitan

Operasi besar-besaran cari Acap [METROTV]

‘Tiada petunjuk baharu’

‘Tunjukkan lokasi Acap di Johor’

18 hari dah Acap...

Acap di Johor?

Tepati syariat dalam pencarian Acap - Mufti

Penganjur nafi hebah ops cari Acap [METROTV]

Semoga Acap cepat ditemui

Ambil tindakan penyebar kenyataan palsu Acap

Tiada ganjaran pencarian Acap

’Acap...mak kat sini...balik nak’ [METROTV]

Tiada petunjuk, SAR Acap dihentikan

Rakan yakin Acap selamat

Peserta hilang ketika larian

’Baliklah Acap, mak masak asam pedas...’

Masih tiada petunjuk pencarian Acap

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2019 @ 3:02 PM