ZURAIDA (tiga kanan) diiringi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman (kanan) melawat pusat operasi bomba bagi mencari dan menyelamat Acap. FOTO Abdullah Yusof
Mohd Hafizee Mohd Arop dan Balqis Jazimah Zahari

PERBINCANGAN akan dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memberhentikan sementara operasi mencari dan menyelamat (SAR), Mohammad Ashraf Hassan,29.

Pemberhentian sementara itu berikutan permintaan penduduk setempat yang mahu operasi itu dihentikan beberapa hari bagi membolehkan mereka melakukan ikhtiar untuk mencari Mohammad Ashraf.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, JBPM akan berbincang dengan polis hari ini bagi menentukan masa sesuai untuk menghentikan sementara operasi itu.

“Penduduk ada membuat permintaan untuk operasi dihentikan sementara, dua atau tiga hari bagi mereka melakukan usaha mencari pula. Hari ini kita akan berbincang mengenai perkara itu dan ia akan diumumkan esok.

“Pada prinsipnya kita bersetuju untuk penangguhan namun bila dan berapa hari akan diputuskan kemudian di dalam perbincangan yang akan diadakan hari ini,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke pusat operasi bomba di Kampung Pintu Padang, Gopeng, hari ini.

Pada lawatan itu, Zuraida turut menemui ahli keluarga Mohammad Ashraf atau lebih mesra dengan panggilan Acap iaitu ibunya, Siti Maznah Khamis,58; bapa tirinya, Sukar Rashid,57 dan adik beradiknya yang lain bagi memberikan semangat.

Menurutnya, apa yang difahamkan terdapat kes membabitkan orang hilang sebelum ini berjaya ditemui hasil pencarian penduduk kampung dan sudah tiba masanya memberikan peluang kepada mereka yang lebih arif terhadap selok belok kawasan berkenaan.

Menurutnya, setakat ini masih belum ada cadangan untuk memberhentikan terus operasi itu dan operasi masih diteruskan namun agensi yang terbabit dengan SAR perlu memikirkan cara lain yang boleh digunakan bagi menjejak Acap.

“Mungkin kita akan tengok bagaimana perkembangannya, mungkin ada rezeki Allah, kita akan dipertemukan dengan Acap.

“Saya berharap keadaan Acap selamat, insyaAllah dan kita terus berdoa memastikan tidak ada apa-apa terjadi pada Acap dan minta keluarga bersabar, keluarga faham ini ujian Allah,” katanya.

Berita berkaitan

Di mana noktahnya, hanya Allah yang tahu

[UPDATE] 'Saya yakin suami pulang dengan selamat

[UPDATE] Aishah rindu daddy...

[UPDATE] Acap terus dijejaki

Operasi besar-besaran cari Acap [METROTV]

‘Tiada petunjuk baharu’

‘Tunjukkan lokasi Acap di Johor’

18 hari dah Acap...

Acap di Johor?

Tepati syariat dalam pencarian Acap - Mufti

Penganjur nafi hebah ops cari Acap [METROTV]

Semoga Acap cepat ditemui

Ambil tindakan penyebar kenyataan palsu Acap

Tiada ganjaran pencarian Acap

’Acap...mak kat sini...balik nak’ [METROTV]

Tiada petunjuk, SAR Acap dihentikan

Rakan yakin Acap selamat

Peserta hilang ketika larian

’Baliklah Acap, mak masak asam pedas...’

Masih tiada petunjuk pencarian Acap

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2019 @ 7:10 PM