ANGGOTA bomba meneruskan operasi pencarian peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan atau dikenali Acap di Gopeng. FOTO Ihsan Bomba
Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@nstp.com.my


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang memasuki hari ke-26 selepas dilaporkan hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail pada 23 Mac lalu, ditangguhkan sementara bermula hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, penangguhan sementara itu adalah bagi mengehadkan pergerakan pencarian oleh orang ramai di kawasan berkenaan dan memberi ruang kepada penduduk setempat melaksanakan tindakan mengesan mangsa.

Katanya, penangguhan sementara itu juga disebabkan tiada petunjuk baru ditemui setakat ini sepanjang SAR dijalankan oleh pasukan penyelamat dan siasatan.

“Mangsa masih tidak ditemui walaupun SAR sudah menggunakan pelbagai kaedah terkini oleh pasukan yang berpengalaman selain perluasan kawasan pencarian dari 35 kilometer persegi kepada 48 kilometer persegi.

“Penangguhan sementara ini akan membolehkan pasukan penyelamat merangka strategi lain yang mungkin boleh membantu mengesan mangsa berdasarkan kepada pengalaman kes seumpama ini yang pernah berlaku pada masa lalu,” katanya dalam kenyataannya di Ipoh, hari ini.

Razarudin berkata, SAR peringkat pertama dimulakan sehari selepas mangsa didapati hilang sehingga 30 Mac lalu sebelum ia diteruskan dengan peringkat kedua sehingga semalam dengan memperluaskan kawasan operasi kepada 48 kilometer persegi.

“Dalam meneruskan usaha pencarian (peringkat kedua), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuka pusat operasi bomba di Kampung Pintu Padang selepas Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) ditutup pada 1 tengah hari, 30 Mac lalu.

“Walau bagaimanapun, dari tempoh berkenaan sehingga ke hari ini, tiada petunjuk baru dapat dikesan atau diperoleh oleh pasukan pencari bagi merungkai kehilangan mangsa,” katanya.

Berita berkaitan

Bincang henti sementara ops cari Acap

Di mana noktahnya, hanya Allah yang tahu

[UPDATE] 'Saya yakin suami pulang dengan selamat

[UPDATE] Aishah rindu daddy...

[UPDATE] Acap terus dijejaki

Operasi besar-besaran cari Acap [METROTV]

‘Tiada petunjuk baharu’

‘Tunjukkan lokasi Acap di Johor’

18 hari dah Acap...

Acap di Johor?

Tepati syariat dalam pencarian Acap - Mufti

Penganjur nafi hebah ops cari Acap [METROTV]

Semoga Acap cepat ditemui

Ambil tindakan penyebar kenyataan palsu Acap

Tiada ganjaran pencarian Acap

’Acap...mak kat sini...balik nak’ [METROTV]

Tiada petunjuk, SAR Acap dihentikan

Rakan yakin Acap selamat

Peserta hilang ketika larian

’Baliklah Acap, mak masak asam pedas...’

Masih tiada petunjuk pencarian Acap

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2019 @ 10:01 AM