Sekitar lokasi pencarian Acap yang hilang sejak 23 Mac lalu. FOTO Abdullah Yusof
BERNAMA

ORANG awam dan penduduk di sekitar Kampung Pintu Padang, Gopeng yang mahu melakukan usaha mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan yang hilang sejak bulan lalu perlu melaporkannya kepada Balai Polis Gopeng.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, pihaknya tidak menghalang orang awam dan penduduk kampung melakukan usaha pencarian mengikut kaedah mereka namun elemen keselamatan perlu menjadi keutamaan.

Katanya, segala usaha pencarian yang disusun atur oleh pelbagai pihak secara sukarelawan dari awal usaha SAR dilakukan, pihaknya tidak pernah menerima rekod maklumat berkenaan.

“Kita sudah uar-uarkan kepada orang ramai (perlu melaporkan kepada polis) dan kita sediakan buku untuk direkodkan maklumat tetapi tidak ada yang datang memberi maklumat.

“Kita mahu mereka yang menyertai usaha pencarian pergi dan balik dalam keadaan selamat tanpa kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ditemui selepas Program Polis Masuk Kampung anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar di Gopeng hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pintu Padang, Mohd Fairis Zabidi berkata, 30 individu terdiri daripada anggota majlis serta kariah surau dari Kampung Pintu Padang meneruskan usaha mencari dan menyelamat Mohammad Ashraf atau lebih dikenali sebagai Acap.

Menurutnya, selain itu beberapa pengamal perubatan Islam dan individu yang ada pengalaman mencari orang hilang turut menyertai usaha itu untuk mencari Acap.

“Kita melakukan operasi pencarian dari pagi hingga petang yang berpecah kepada empat kumpulan antara tujuh hingga lapan orang dan kita akan berhubung dengan bomba dan polis jika dapat petunjuk baru.

“Selain mencari mangsa di kawasan yang dilaporkan hilang, kita turut mengadakan solat hajat memohon petunjuk supaya Acap ditemui semula,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fairis berkata, penduduk kampung di sekitar kawasan berkenaan menyambut baik langkah pasukan penyelamat yang menangguhkan sementara operasi SAR bermula hari ini.

“Ada kalangan orang tua yang lama tinggal di sini meminta operasi pencarian direhatkan sementara waktu bagi membolehkan penduduk melakukan ikhtiar mencari Acap.

“Apabila operasi pencarian dilakukan dengan pembabitan ramai individu, ia akan menyukarkan seterusnya melambatkan lagi penemuan mangsa,” katanya.

Berita berkaitan

SAR Acap dihentikan sementara

Bincang henti sementara ops cari Acap

Di mana noktahnya, hanya Allah yang tahu

[UPDATE] 'Saya yakin suami pulang dengan selamat

[UPDATE] Aishah rindu daddy...

[UPDATE] Acap terus dijejaki

Operasi besar-besaran cari Acap [METROTV]

‘Tiada petunjuk baharu’

‘Tunjukkan lokasi Acap di Johor’

18 hari dah Acap...

Acap di Johor?

Tepati syariat dalam pencarian Acap - Mufti

Penganjur nafi hebah ops cari Acap [METROTV]

Semoga Acap cepat ditemui

Ambil tindakan penyebar kenyataan palsu Acap

Tiada ganjaran pencarian Acap

’Acap...mak kat sini...balik nak’ [METROTV]

Tiada petunjuk, SAR Acap dihentikan

Rakan yakin Acap selamat

Peserta hilang ketika larian

’Baliklah Acap, mak masak asam pedas...’

Masih tiada petunjuk pencarian Acap

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2019 @ 3:28 PM