KEHILANGAN Mohammad Ashraf sudah memasuki hari ke-26 selepas dilaporkan hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail pada 23 Mac lalu. FOTO Ihsan Pembaca
Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@nstp.com.my


PENDUDUK Kampung Pintu Padang, Gopeng, akan membantu meneruskan pencarian Mohammad Ashraf Hassan, 29, selepas polis hari ini mengumumkan penangguhan sementara operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Kampung Pintu Padang, Mohd Fairis Zabidi berkata, penduduk kampung menyambut baik penangguhan operasi itu bagi memberi ruang kepada mereka untuk mencari mangsa.

“Ada orang-orang tua di sini memberitahu perlu bagi reda dahulu, apabila sudah selesa kita akan mencarinya tanpa ada gangguan lain.

“Bagi penduduk sendiri, kita ada melakukan pencarian membabitkan empat kumpulan dengan disertai tujuh ke lapan orang bagi setiap kumpulan dan mereka mempunyai pengalaman dalam bidang agama dan hutan,” katanya.

Mohd Fairis berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perjumpaan dan dialog Ketua Polis Daerah Kampar sempena program Polis Masuk Kampung di Dewan Orang Ramai Kampung Pintu Padang, Gopeng, hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dalam kenyataannya hari ini memaklumkan SAR Mohammad Ashraf ditangguhkan sementara untuk memberi peluang kepada penduduk setempat mencari berikutan tiada petunjuk baharu diperoleh pasukan penyelamat dan siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, walaupun operasi pencarian mangsa sudah ditangguhkan, namun polis tidak boleh menghalang orang ramai untuk terus mencarinya.

Katanya, justeru itu, orang ramai yang ingin melakukan pencarian perlulah memaklumkan kepada polis bagi membolehkan pemantauan dijalankan atas faktor keselamatan mereka.

“Mereka boleh datang ke Balai Polis Gopeng dan maklumkan sekiranya mahu mencari dan perkara ini sudah diberitahu sejak awal lagi, namun tiada siapa yang datang untuk berbuat demikian.

“Apa yang penting adalah salurkan maklumat kepada pihak berwajib kerana segala maklumat baharu akan membantu perkembangan siasatan kes ini,” katanya.

Berita berkaitan

SAR Acap dihentikan sementara

SAR Acap dihentikan sementara

Bincang henti sementara ops cari Acap

Di mana noktahnya, hanya Allah yang tahu

[UPDATE] 'Saya yakin suami pulang dengan selamat

[UPDATE] Aishah rindu daddy...

[UPDATE] Acap terus dijejaki

Operasi besar-besaran cari Acap [METROTV]

‘Tiada petunjuk baharu’

‘Tunjukkan lokasi Acap di Johor’

18 hari dah Acap...

Acap di Johor?

Tepati syariat dalam pencarian Acap - Mufti

Penganjur nafi hebah ops cari Acap [METROTV]

Semoga Acap cepat ditemui

Ambil tindakan penyebar kenyataan palsu Acap

Tiada ganjaran pencarian Acap

’Acap...mak kat sini...balik nak’ [METROTV]

Tiada petunjuk, SAR Acap dihentikan

Rakan yakin Acap selamat

Peserta hilang ketika larian

’Baliklah Acap, mak masak asam pedas...’

Masih tiada petunjuk pencarian Acap

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2019 @ 10:14 PM