Pusat Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang ditutup semalam. (Gambar kecil) Mohd Yunus
Muhammad Apendy Issahak


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak membabitkan Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang 23 Mac lalu ditangguhkan bermula semalam.

Susulan itu, Pusat Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang, Gopeng juga ditutup dan segala urusan membabitkan pencarian mangsa dikendalikan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng.

Penolong Pengarah JBPM Perak, Mohd Yunus Abu berkata, penangguhan dan penutupan pusat kawalan itu adalah susulan pengumuman Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain mengenai penangguhan sementara pencarian Acap.

“Pusat kawalan bomba di Kampung Pintu Padang ditutup semalam dan urusan mengenai pencarian mangsa kini dikendalikan di BBP Gopeng.

“Orang ramai atau sukarelawan boleh hadir atau melaporkan sebarang maklumat di balai bomba itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, walaupun sudah ditangguhkan sementara dan pusat kawalan ditutup, pihaknya masih membuat pemantauan serta tindakan berkala membabitkan pasukan bomba.

“Tindakan berkala yang dimaksudkan adalah kita masih lagi membuat pemantauan di kawasan pencarian.

“Bomba juga akan membuat rondaan dua atau tiga kali sehari di kawasan terbabit mengikut keperluan,” katanya.

Berita berkaitan

'Beri peluang kami cari'

SAR Acap dihentikan sementara

Bincang henti sementara ops cari Acap

Di mana noktahnya, hanya Allah yang tahu

[UPDATE] 'Saya yakin suami pulang dengan selamat

[UPDATE] Aishah rindu daddy...

[UPDATE] Acap terus dijejaki

Operasi besar-besaran cari Acap [METROTV]

‘Tiada petunjuk baharu’

‘Tunjukkan lokasi Acap di Johor’

18 hari dah Acap...

Acap di Johor?

Tepati syariat dalam pencarian Acap - Mufti

Penganjur nafi hebah ops cari Acap [METROTV]

Semoga Acap cepat ditemui

Ambil tindakan penyebar kenyataan palsu Acap

Tiada ganjaran pencarian Acap

’Acap...mak kat sini...balik nak’ [METROTV]

Tiada petunjuk, SAR Acap dihentikan

Rakan yakin Acap selamat

Peserta hilang ketika larian

’Baliklah Acap, mak masak asam pedas...’

Masih tiada petunjuk pencarian Acap

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2019 @ 5:40 PM