Gambar Hiasan
Muhamaad Razis Ismail


REMAJA lelaki maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Ladang Biak, Dabong, Kuala Krai, hari ini.

Dalam kejadian 5.50 petang itu, Mohamad Amirasyras Azman, 17, ditimpa runtuhan tanah ketika mendulang emas dengan bapanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, sebaik menerima maklumat pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa hilang di anak sungai di kawasan itu selepas dipercayai ditimpa runtuhan tanah ketika mendulang emas bersama ayahnya.

“Operasi mencari mangsa dilancarkan dan mayatnya ditemui 7 malam hari ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2019 @ 9:22 PM