Laporan portal berita Harian Metro semalam.
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


LELAKI yang menanam bayi perempuan baru dilahirkan dan cukup sifat di Kampung Limau Manis, Lunas, Kulim semalam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Superintendan Zailani Mohd Yusof berkata, suspek berusia 19 tahun itu direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Menurutnya, wanita berusia 19 tahun itu pula dibebaskan dengan jaminan polis namun tetap berada dalam pengawasan polis kerana masih menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang tetapi dalam keadaan stabil.

Penemuan mayat bayi itu selepas wanita terbabit yang baru bersalin ke hospital untuk menerima rawatan selepas sakit semalam.

Portal berita Harian Metro semalam melaporkan mayat bayi perempuan cukup sifat ditemui ditanam di satu kawasan di Kampung Limau Manis, Lunas.

Berita berkaitan

Tanam bayi perempuan baru lahir

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2019 @ 3:40 PM