Lelaki yang ditemui tergantung di pokok mangga malam tadi. FOTO Ihsan PDRM
Adnan Ibrahim
am@hmetro.com.my


LELAKI ditemui tergantung di pokok mangga di Taman Intan, Kluang 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, mayat mangsa berusia 43 tahun itu ditemui dalam keadaan tergantung oleh orang awam sebelum polis dimaklumkan mengenai penemuan itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa tergantung menggunakan tali yang diikat pada pokok itu.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada pergelutan atau tanda fizikal berunsur jenayah pada tubuh mangsa dan punca kematian disebabkan ‘Neck Compression’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Abduh berkata, keluarga mangsa dimaklumkan mengenai kejadian dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) namun siasatan masih diteruskan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2019 @ 8:27 PM