PENUNGGANG skuter maut bersama beberapa bungkusan air ketum yang diletakkan di bawah tempat duduk skuter itu. FOTO IHSAN PEMBACA
Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my


LELAKI maut, manakala bungkusan air ketum yang diletakkan di bawah tempat duduk skuter ditungganginya berselerak di atas jalan dalam kemalangan di Kilometer 5.9, Jambatan Pulau Pinang, arah Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian 11.05 pagi itu, lelaki berusia 53 tahun terbabit dipercayai gagal mengawal skuter ditunggangi dan terbabas selepas melanggar bahu kiri jalan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mangsa yang bekerja di kilang di Bayan Lepas dalam perjalanan ke tempat kerjanya, dari arah Prai ke Georgetown.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2019 @ 9:15 PM