Farah Suhaidah Othman

Penduduk Kampung Pintu Padang, Gopeng yang membantu dalam usaha pencarian Mohammad Ashraf Hassan, 29, masih gagal menemui sebarang petunjuk.

Mohammad Ashrap atau lebih mesra dipanggil Acap dilaporkan hilang selepas tidak sampai ke garisan penamat ketika menyertai Gopeng Ultra Trail 2019, 23 Mac lalu.

Ketua Kampung, Mohd Fairis Zabidi berkata, walaupun begitu, usaha pencarian masih diteruskan membabitkan penduduk kampung setempat dan berharap akan menemui petunjuk secepat mungkin.

“Kita (penduduk) masih berusaha untuk mencarinya walaupun tiada petunjuk baharu ditemui.

“Untuk hari ini, 12 penduduk kampung yang dibahagikan kepada dua kumpulan meneruskan usaha mencarinya,” katanya ketika dihubungi di Gopeng, hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan sementara oleh pihak berkuasa, Rabu lalu pada bagi memberikan peluang kepada penduduk meneruskan usaha itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dilaporkan berkata, penangguhan itu juga dilakukan selepas SAR dijalankan selama 24 hari gagal menemui sebarang petunjuk baharu walaupun kawasan operasi sudah diperluaskan.

Razarudin berkata, penangguhan sementara itu juga adalah bagi membolehkan pasukan SAR merangka strategi lain berdasarkan kes seperti ini yang berlaku sebelum ini.

Berita berkaitan

Pemantauan berkala pencarian Acap - Bomba

'Beri peluang kami cari'

SAR Acap dihentikan sementara

Bincang henti sementara ops cari Acap

Di mana noktahnya, hanya Allah yang tahu

'Saya yakin suami pulang dengan selamat

Aishah rindu daddy...

Acap terus dijejaki

Operasi besar-besaran cari Acap [METROTV]

‘Tiada petunjuk baharu’

‘Tunjukkan lokasi Acap di Johor’

18 hari dah Acap...

Acap di Johor?

Tepati syariat dalam pencarian Acap - Mufti

Penganjur nafi hebah ops cari Acap [METROTV]

Semoga Acap cepat ditemui

Ambil tindakan penyebar kenyataan palsu Acap

Tiada ganjaran pencarian Acap

’Acap...mak kat sini...balik nak’ [METROTV]

Tiada petunjuk, SAR Acap dihentikan

Rakan yakin Acap selamat

Peserta hilang ketika larian

’Baliklah Acap, mak masak asam pedas...’

Masih tiada petunjuk pencarian Acap

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2019 @ 2:39 PM