Gambar hiasan
Poliana Ronnie Sidom


POLIS sedang mengesan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan di restoran di Sri Taman, di Sandakan, minggu lalu.

Ia susulan laporan dua remaja berusia 18 dan 19 tahun berhubung kejadian itu pada 12.30 tengah malam, Jumaat.

Dalam kejadian itu, berlaku perselisihan antara kedua-dua remaja terbabit dengan suspek sebelum seorang daripada mangsa ditampar.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, mangsa kemudian membawa beberapa rakan ke lokasi kejadian untuk menyelesaikan perselisihan faham, bagaimanapun berlaku pergaduhan.

Akibat kejadian itu, katanya, remaja terbabit cedera di telinga dan kepala akibat dipukul menggunakan tali pinggang dan gelas.

“Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada akibat seorang daripada mangsa ditampar oleh suspek. Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti suspek,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2019 @ 9:50 AM
Skip this ad x