BERNAMA

IBU kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, meninggal dunia kerana sakit tua di rumahnya di Kampung Sungai Rokam, di Ipoh, malam tadi.

Allahyarham Datin Zaleha Nordin, 79, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada 7.25 malam.

Menurut Kenyataan Pejabat Menteri Besar, jenazah dibawa ke kediaman rasmi Menteri Besar di Jalan Raja Dihilir di sini, sebelum solat jenazah akan diadakan pada 10 pagi hari ini di Masjid al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park.

Kenyataan itu juga menyebut, besar kemungkinan Allahyarham akan dikebumikan di sebelah pusara suaminya, Datuk Azumu Tak di Tanah Perkuburan Islam Kepayang, Fair Park, di sini.

Allahyarham meninggalkan lapan orang anak dan Ahmad Faizal adalah anak ketujuh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2019 @ 9:50 AM
MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi membaca yasin keatas jenazah ibunya Allahyarhamah Datin Zaliha Nordin 79, di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Ipoh. FOTO Abdullah Yusof

Digital NSTP Subscribe