KEDAI besi buruk musnah dalam kebakaran. FOTO Ihsan Bomba.
KEDAI besi buruk musnah dalam kebakaran. FOTO Ihsan Bomba.
Nurul Hidayah Bahaudin


SEBUAH kedai besi buruk di Setapak, musnah dalam kebakaran, 1 tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.04 tengah hari.

“Seramai 22 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dan BBP Sentul dikejarkan ke lokasi.

“Ketika tiba di lokasi api sedang marak, namun kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan beberapa minit kemudian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran itu menyebabkan kedai besi buruk berkenaan musnah sepenuhnya.

“Setakat ini tidak ada kecederaan dilaporkan, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2019 @ 6:10 PM
Digital NSTP Subscribe