Sloan maut tercampak ke dalam sungai selepas motosikal ditunggang terbabas di Pekang Teng Bukap, Padawan. FOTO Ihsan PDRM
Garret Dawum


Seorang lelaki maut akibat lemas selepas tercampak ke dalam sungai apabila motosikal ditunggang terbabas berhampiran Pekan Teng Bukap, Padawan, malam tadi.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, Sloan Tinju, 25, dipercayai menunggang motosikal seorang diri dari Kampung Bunuk menuju ke Teng Bukap.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, setibanya di lokasi kejadian motosikal Yamaha Lagenda ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas dan mangsa tercampak ke dalam sungai.

“Mangsa ditemui rakan-rakannya pada 12.20 tengah malam sebelum dikejarkan ke Hospital Serian.

“Pada 1.10 pagi, mangsa disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital berkenaan,” katanya punca kematian adalah disebabkan lemas.

Katanya, kes masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2019 @ 3:13 PM