Pemandu kereta terselamat selepas kenderaannya terbakar. FOTO Ihsan Pembaca


PEMANDU Toyota Camry terselamat selepas kereta dipandu lelaki itu terbakar ketika bergerak di Kilometer 12.9 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Shah Alam menuju ke Sungai Buloh, Subang Jaya hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.28 petang.

“Petugas Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami dapati kereta jenis Toyota Camry dinaiki seorang lelaki terbakar. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya beberapa minit kemudian.

“Difahamkan, kebakaran berlaku ketika kereta sedang dipandu. Mangsa sempat keluar dari kenderaan sebelum terbakar,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan kereta berkenaan musnah 100 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2019 @ 8:11 PM