PERIUK Nasi elektrik dan suspek yang ditahan. FOTO Ihsan Polis.
Garret Dawum


PENGANGGUR ditahan selepas disyaki mencuri periuk nasi elektrik dan tong gas dari dapur sebuah sekolah rendah di Bau, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek berusia 25 tahun ditahan di Kampung Melayu, kelmarin.

“Pada Isnin lalu, kami menerima laporan daripada seorang guru sekolah terbabit berkenaan kejadian pecah masuk dapur sekolah oleh individu tidak dikenali.

“Pengadu memaklumkan satu unit periuk nasi elektrik dan tong gas hilang dengan anggaran kerugian RM400,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas laporan itu, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan lelaki terbabit serta merampas satu periuk nasi elektrik.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan semakan awal mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2019 @ 12:17 PM