MUHAMMAD Ridzuan maut dalam kemalangan. FOTO Ihsan Pembaca.
MUHAMMAD Ridzuan maut dalam kemalangan. FOTO Ihsan Pembaca.
Dziyaul Afnan Abdul Rahman


REMAJA maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Kilometer 8.5 Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran Beseri, Padang Besar, 11.20 pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Ridzuan Abdul Hamid, 19, berasal dari Kaki Bukit, Padang Besar yang parah di badan disahkan maut di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Muhammad Halim Yatim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kemalangan pada 11.30 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati motosikal jenis Modenas Kriss berkenaan mengalami kerosakan teknikal menyebabkan mangsa gagal mengawalnya.

“Mangsa terbabas lalu terjatuh atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Muhammad Halim berkata, hasil pemeriksaan ke atas motosikal mangsa mengesan beberapa kerosakan di bahagian tayar.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2019 @ 6:58 PM
Digital NSTP Subscribe