FAZIANI Rohban Ahmad. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

DEWAN Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan menyifatkan pemergian pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad, 39, satu kehilangan besar kepada industri perniagaan produk kecantikan negara, khususnya di Kelantan.

Yang Dipertuanya Mohd Ali Amin Abd Latif berkata, pemergian usahawan terkenal secara mengejut itu, pastinya memberi kesan kepada semua pihak, terutama anggota keluarga dan usahawan jenama produk berkenaan di seluruh negara.

“Beliau antara usahawan Kelantan yang berjaya mengetengahkan produk kecantikan di negara ini. DPMM mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarganya atas pemergian arwah,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Bharu, hari ini.

Mohd Ali Amin berkata, pihaknya akan menziarahi Allahyarham di kediamannya di Wakaf Baru hari ini, dan mendoakan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Faziani maut dalam kemalangan itu yang berlaku kira-kira 10.30 pagi, manakala suaminya Ahmad Shah Rizal pula cedera parah.

Berita berkaitan:

  • ‘Mama pesan... jangan berebut harta’
  • Pengasas Dnars maut kemalangan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2019 @ 6:40 PM