KUALA LUMPUR 22 APRIL 2019. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meninggalkan Mahkamah selepas perbicaraan pada hari keenam berhubung pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Nurul Fhatihah Zakinandan Amir Mamat
am@hmetro.com.my


DEBAT antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dijangka diadakan selepas Ramadan ini.

Ketika ditemui di Klebang, Melaka malam tadi, Najib berkata tarikh, masa dan tempat akan dibincangkan sedikit masa lagi.

“Cabaran untuk berdebat itu saya terima, Insya-Allah kita akan tentukan tarikh, saya minta lepas Ramadan ini, takkan kita nak berdebat pada Ramadan pula.

“Tarikh, tempat dan kaedahnya akan ditentukan (yang pasti) debat itu akan tetap diadakan,” katanya.

Najib berkata, tajuk dan syarat perdebatan itu juga akan diputuskan menerusi perbincangan khas bersama beberapa pihak pada Aidilfitri ini.

Najib hari ini mencabar Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri untuk berdebat.

Ini bukan kali pertama cabaran berdebat membabitkan kedua-dua seteru politik itu kerana ia sudah bermula pada Julai lalu apabila Kit Siang mencabar Najib menyertai debat umum bertajuk, Islam Bukan Kleptokrasi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mei 2019 @ 1:05 AM