IPOH 22 MEI 2019. Bendera Perak dikibar separuh tiang di Bangunan Perak Darul Ridzuan susulan kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah. NSTP/EFFENDY RASHID.
Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@nstp.com.my


BENDERA Malaysia dikibarkan separuh tiang bermula hari ini hingga esok bagi menghormati kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Almarhum Sultan Abu Bakar.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar menerusi kenyataan di laman twitternya.

“Merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

“Bagi menghormati kemangkatan Almarhum baginda tuanku, bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang mulai 22 Mei 2019 (hari ini) hingga 23 Mei 2019 (esok),” katanya.

Sultan Ahmad Shah, 88, mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pagi hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Sultan Ahmad Shah diumumkan mangkat 8.50 pagi.

  • Lagi berita berkaitan Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mei 2019 @ 9:47 PM