Mohd Husni Mohd Noor


TEMPOH reman suspek utama kes bunuh membabitkan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamaruddin dilanjutkan seminggu lagi bermula esok hingga 30 Mei ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret A [email protected] Acho di Mahkamah Majistret Sepang hari ini.

Semalam, mahkamah sama memerintahkan masing-masing seorang wanita Nigeria dan lelaki Pakistan disambung reman tujuh hari lagi sehingga 29 Mei ini bagi membantu siasatan kes sama.

Sebelum ini, ketiga-tiga suspek ditahan minggu lalu di sekitar Kuala Lumpur dan direman tujuh hari.


Warga Nigeria yang juga suspek utama kes kematian Siti Kharina disambung reman tujuh hari lagi oleh Mahkamah Majistret Sepang hari ini. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

Siti Kharina yang hilang sejak 8 Mei lalu ditemui dalam sebuah unit kondominium di Cyberjaya, pada 2.30 petang 15 Mei lalu dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.

Mangsa dipercayai meninggal dunia sejak empat atau lima hari dan mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Siti Kharina yang sudah lima tahun bertugas Hospital Serdang dan tinggal berjauhan dengan suami serta tiga anak perempuannya yang berusia antara 10 hingga 14 tahun.

Kehilangan Siti Kharina hanya disedari apabila rakan serumah jururawat itu menghubungi ahli keluarganya bertanya mengenai keadaannya apabila tidak pulang ke rumah dan melapor diri bertugas di tempat kerja.

Berita berkaitan

Reman suspek kes pembunuhan Siti Kharina dilanjut

Siti Kharina kenal suspek

Rungkai motif pembunuhan Siti Kharina

Suspek utama kes bunuh Siti Kharina direman

Tragedi jururawat [METROTV]

Jenazah Siti Kharina selamat dikebumi

Usah buat spekulasi pembunuhan jururawat

'Kami mahukan keadilan buat Siti Kharina'

Suspek kes bunuh jururawat ditahan

'Lelaki Nigeria diburu kes bunuh Siti Kharina [METROTV]'

'Siti Kharina dibunuh?'

'Henti sebar maklumat palsu kakak saya'

Masih tiada khabar dari Siti Kharina

'Bantu kami kesan kakak'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2019 @ 12:10 PM