Mulai tengah malam ini RON97 naik lapan sen kepada RM2.76 seliter manakala RON95 dan diesel kekal. FOTO Azhar Ramli
Suhaila Shahrul Annuar


HARGA runcit petrol RON97 naik lapan sen kepada RM2.76 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit produk petroleum itu bagi tempoh 25 hingga 31 Mei ini.

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM) harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh sama sepatutnya masing-masing RM2.46 seliter dan RM2.52 seliter.

“Namun harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan dalam tempoh 25 hingga 31 Mei ini berjumlah RM126.52 juta,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2019 @ 5:20 PM