SUSPEK utama kes bunuh ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, akan dituduh di Mahkamah Sepang, esok.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, lelaki warga Nigeria berusia 36 tahun terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh di mahkamah pada 8.30 pagi.
“Manakala wanita warga Nigeria berusia 35 tahun dan seorang lelaki warga Pakistan berusia 38 tahun akan dibebaskan dengan Bon Mahkamah.
“Bon akan disempurnakan di Mahkamah Sepang pada tarikh sama,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Siti Kharina dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu sebelum mayatnya ditemui di unit kondominium di Cyberjaya, 15 Mei lalu.
Mayatnya ditemui selepas pemilik rumah melihat kesan darah mengalir keluar dari bawah pintu.
Susulan itu, polis menahan tiga individu membabitkan seorang lelaki dan wanita Nigeria serta seorang lelaki Pakistan.
Berita berkaitan
• Reman suspek kes pembunuhan Siti Kharina dilanjut
• Rungkai motif pembunuhan Siti Kharina
• Suspek utama kes bunuh Siti Kharina direman
• Jenazah Siti Kharina selamat dikebumi
• Usah buat spekulasi pembunuhan jururawat
• 'Kami mahukan keadilan buat Siti Kharina'
• Suspek kes bunuh jururawat ditahan
• 'Lelaki Nigeria diburu kes bunuh Siti Kharina [METROTV]'
• 'Henti sebar maklumat palsu kakak saya'