SYAIKH Abdul Rahman menyerahkan pek kurma sebagai simbolik penyerahan 200kg kurma kepada Ahmad Fadil sambil disaksikan Ahmad Fazrin (kiri) dan Ahmad Tajuddin.
HM Digital

PEJABAT Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur hari ini menyampaikan hadiah kurma dari Raja Salman Abdul Aziz Al Saud kepada Istana Negara.

Atase Agama Arab Saudi Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Rubai'an menyerahkan 200 kilogram kurma kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Turut hadir, Pegawai Penyelidik di Kedutaan Arab Saudi Ahmad Fazrin Yahaya dan Ketua Pengarah Pusat Perunding Haji Furada Ahmad Tajuddin Idris.

Setiap tahun Raja Arab Saudi akan menghantar ratusan tan kurma ke serata dunia bagi memeriahkan sambutan Ramadan.

Tahun ini Malaysia menerima lebih tujuh tan kurma yang diterbangkan dari Riyadh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2019 @ 8:35 PM