SURIYATI dikehendaki hadir bagi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Majistret Dungun pada 30 Mei. FOTO Rosli Ilham.
SURIYATI dikehendaki hadir bagi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Majistret Dungun pada 30 Mei. FOTO Rosli Ilham.


SEORANG wanita dikehendaki polis bagi perbicaraan satu kes dadah yang berlaku di Dungun pada 30 Mei ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, wanita terbabit, Suriyati Kassim, 35, beralamat di No 14, Gong Pasir, Dungun dikehendaki hadir ke Mahkamah Majistret Dungun.

“Polis sedang mengesan wanita itu yang dikehendaki bagi membantu memberi keterangan di mahkamah berhubung kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Polis meminta kerjasama orang ramai atau mana-mana individu membantu menyalurkan maklumat kepada kami.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun atau balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Syahir di talian 0163423258 bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2019 @ 9:31 PM