HM Digital

TENAGA Nasional Berhad (TNB) menafikan satu mesej tular di media sosial kononnya Ahli Lembaga Pengarahnya menerima arahan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 30 peratus.

Dalam satu kenyataan hari ini, TNB menyifatkan mesej tular yang kononnya ditulis oleh seorang pekerjanya sebagai palsu dan tidak berasas.

“Selain itu, TNB tidak mempunyai pekerja seperti yang dinamakan dalam mesej berkenaan.

“Justeru TNB menasihatkan orang ramai untuk mengabaikan dan tidak berkongsi mesej berkenaan,” katanya.

Kenyataan itu turut menegaskan tarif elektrik ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mei 2019 @ 5:40 PM