KEMALANGAN empat kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran sempadan Kuala Krai, hari ini. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim


DUA maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 72.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran sempadan Kuala Krai, Gua Musang, hari ini.

Dalam kejadian 2.50 petang, dua mangsa meninggal dunia di lokasi berkenaan akibat tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda yang remuk teruk susulan rempuhan itu.

Empat kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berkenaan adalah dua lori termasuk sebuah muatan sawit, kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Bagaimanapun, setakat jam 3.30 petang, identiti mangsa yang maut dan cedera belum dikenal pasti.

Pihak polis juga terpaksa membantu mangsa kemalangan dan mengawal lalu lintas yang sesak teruk di kedua-dua arah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian kemalangan itu.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2019 @ 4:00 PM