Keadaan trafik sesak di kedua-dua arah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Senawang 5 petang tadi. FOTO Adzlan Sidek


ALIRAN trafik terutama Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) di hampir semua laluan perlahan berikutan pertambahan kenderaan sempena Aidilfitri pada hari kedua hari ini.

Kenderaan mulai bergerak perlahan di kawasan utara, tengah dan selatan 1.30 tengah hari tadi terutama laluan keluar dari Lembah Klang.

PLUS melalui Twitter, PLUS TRAFIK melaporkan terdapat beberapa kemalangan yang turut menyumbang kepada kesesakan trafik.

Laporan terbaru yang dimuat naik 6.57 petang menyatakan trafik perlahan di Bangunan Sultan Iskandar dari Singapura menuju Malaysia dengan jumlah kenderaan tinggi.

Laluan di sepanjang lebuh raya berkenaan dilaporkan sesak petang tadi.

“Pada 6.56 petang trafik selatan, perlahan dari Pedas Linggi - Port Dickson, Senawang - Hentian Senawang, Hentian Pedas Linggi - Pedas Linggi, Ayer Keroh - Hentian Sebelah Bemban (kedua arah), Tangkak - Jasin, Yong Peng- Ayer Hitam, R&R Machap - Ayer Hitam.

“Pada 6.53 petang trafik tengah perlahan dari Ipoh - Gopeng, R&R Tapah - Gopeng (kedua-dua arah), Behrang - Sungkai, Bukit Tagar - Bukit Beruntung, Sungai Buloh - Jalan Duta.

“Pada 6.50 petang trafik utara perlahan dari Jitra - Alor Setar (U), Alor Setar (S) - Pendang, Sungai Petani (U) - Sungai Petani (S), Juru - Bandar Cassia, Bandar Baharu - Bandar Cassia, Bukit Merah - R&R Gunung Semanggol (S), Changkat Jering - Bukit Berapit, Kuala Kangsar - Terowong Menora, Terowong Menora - Sungai Perak,” lapor PLUS TRAFIK.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Jun 2019 @ 8:25 PM