GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Irwan Shafrizan Ismail dan Hazwan Faisal Mohamad

KERAJAAN akan mempertimbangkan cadangan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador supaya gaji anggota polis berpangkat rendah dinaikkan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, beliau akan memikirkan mengenai perkara itu.

“Saya fikirlah,” katanya ringkas pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Bil 3/2019 Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri diminta mengulas permohonan Abdul Hamid semalam, agar gaji, logistik dan keperluan anggota polis berpangkat rendah diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan itu.

Menurut Abdul Hamid, gaji yang diperoleh golongan berkenaan iaitu daripada sarjan ke bawah adalah rendah dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama bagi mereka bertugas di bandar-bandar besar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2019 @ 6:27 PM