Skip this ad x
SUSPEK. FOTO Ihsan PDRM
Abdul Rahemang Taiming


POLIS menahan empat remaja lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui di dalam longkang berhampiran parkir premis menjual kelengkapan rumah di Jalan Bantu, Fajar, di Tawau, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Pemangku Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata empat remaja itu masing-masing berumur antara 16 hingga 17 tahun ditahan, antara 1.45 tengah hari hingga jam 4.40 petang hari ini..

Katanya, semua suspek warga Filipina itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di Jalan Dunlop, kawasan Sabindo dan Taman Semarak Megah, di Tawau.

“Siasatan lanjut yang dijalankan mendapati motif kejadian berpunca daripada suspek yang tidak puas dengan mangsa kerana menuduh mereka pencuri dan peragut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, mayat seorang lelaki yang dikenali sebagai Jaafar Jalman, 49, ditemui di dalam longkang dipercayai dibunuh kira-kira 5 petang.

Mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam longkang yang dipenuhi dengan semak samun dengan kesan luka tikaman pada bahagian dada sebelah kanan dan bahagian tengkuk sebelah kiri.

Polis turut menemui sebatang pemutar skru dan sebilah pisau berhampiran tempat mayat mangsa ditemui dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit.

Berita berkaitan:

  • Mayat dalam longkang
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2019 @ 8:35 PM