LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini. Amirudin (gambar kecil). FOTO arkib NSTP
Amir Abd Hamid
amir_hamid@mediaprima.com.my


PAKAR forensik Cyber Security Malaysia (CSM) akan menganalisa ketulenan video lucah dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Pegawai Eksekutif CSM Datuk Ir Amirudin Abdul Wahab berkata, pihak berkuasa sudah memberikan video itu kepada pihaknya untuk bantuan analisa teknikal berdasarkan kepakaran dimiliki.

Beliau berkata, pihaknya memiliki kepakaran Makmal Forensik Digital CyberSecurity Malaysia, makmal pertama di rantau Asia Pasifik mendapat akreditasi The American Society of Crime Laboratory Directors.

“Analisa untuk mengenal pasti sama ada video itu asli atau sebaliknya adalah sebahagian daripada proses yang kami jalankan.

“Kami sebagai agensi yang mempunyai kepakaran dalam forensik digital akan membuat siasatan sekiranya pihak berkuasa meminta bantuan.

“Saya boleh sahkan sudah terima video itu. Penilaian teknikal boleh dibuat berdasarkan forensik komputer, multimedia, audio dan teknologi mudah alih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Persidangan Keselamatan Siber 2019 di ibu negara, hari ini.

Amirudin enggan mengulas lanjut mengenai tempoh siap keputusan analisis teknikal itu.

“Adakah video itu asli atau tidak? Kita boleh sahkan kerana ada kepakaran dan reputasi sebagai standard makmal digital antarabangsa.

“Namun, analisis teknikal ini hanya boleh dijalankan atas perintah undang-undang atau Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Berita berkaitan

Tuduhan Azmin itu biasa

Kes video lucah: Kaji undang-undang privasi

Haziq dah hantar surat tunjuk sebab

Azmin dah beri keterangan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2019 @ 5:30 PM