Lokasi kejadian murid terhidu udara tercemar di Sekolah Agama Taman Mawar Pasir Gudang. FOTO Zain Ahmed
Mohd Sabran Md Sani


MAJLIS Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menyalurkan bantuan RM400 kepada murid yang mendapatkan rawatan di hospital.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, bantuan itu akan disalurkan melalui Pegawai Pendidikan Islam Daerah esok.

“Mana-mana pelajar sekolah agama yang terbabit dan masuk wad hospital, MAINJ akan menyalurkan bantuan RM400 seorang.

“Mereka yang tidak ditahan di wad akan diberikan bantuan segera RM200 seorang,” katanya selepas melawat Sekolah Agama Taman Mawar di Pasir Gudang hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat melalui guru besar sekolah sebelum menyalurkan bantuan berkenaan.

Lagi berita berkaitan Pencemaran Udara Pasir Gudang

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 9:27 PM