Zuliaty Zulkiffli


LELAKI yang dipercayai hilang di hutan ketika mencari kayu api ditemui tergantung di pokok ketika operasi pencarian mangsa dilakukan hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Penyelamat dan Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa ditemui orang awam pada jam 11.50 pagi dan kemudian memaklumkan kepada anggota bomba dan polis yang melakukan operasi pencarian mangsa.

Beliau berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, seorang lelaki dilaporkan hilang ketika keluar mencari kayu api sejak kelmarin di Kampung Charok Gorok, Asam Jawa, Baling.

Keluarga mangsa memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa sebelum operasi mencari dan menyelamat dilakukan pagi tadi.

Berita berkaitan

Hilang ketika cari kayu api

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2019 @ 1:22 PM