AZHAR (dua kanan) bersalaman dengan peserta program ketika majlis pelancaran Program Latihan Petugas Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-12 dan Program Pendidikan Pengundi Bersama Politeknik Kuching Sarawak. FOTO L Manimaran
Mohd Roji Kawi


Kuching: Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan warga negara berumur 18 tahun layak mengundi akan dibentangkan di Parlimen, bulan depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata, beliau difahamkan usul itu dijangka dibaca pada persidangan 4 Julai ini.

“Kita bersama-sama menunggu hasil pembentangan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Program Pendidikan Pengundi di Politeknik Kuching, di sini, semalam.

Usul untuk menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun dijangka akan dibentangkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2019 @ 12:08 PM