Hamizah Badiran


BAYANGKAN anda terpaksa menjalani kehidupan seharian dengan masalah cirit-birit atau sembelit berterusan yang kronik. Tentu ia memberi kesan buruk kepada kualiti kehidupan anda.

 Terdapat pelbagai faktor mengapa ia terjadi dan antara satu daripadanya adalah sistem penghadaman yang kurang memuaskan.

 Sistem penghadaman adalah organ pertama yang berhubung dengan makanan yang kita ambil dan sekiranya tidak dijaga dengan baik, ia boleh memberi kesan sampingan lain.

 Walaupun gangguan atau penyakit penghadaman dan pencernaan selalunya tidak membawa maut, tapi ia boleh memberi kesan serius ke atas kualiti hidup, terutamanya jika kerap berlaku.

 Apatah lagi terdapat 100 trillion bakteria di dalam badan manusia di mana kebanyakannya 'menginap' di dalam sistem penghadaman.

 Hal ini jelas menunjukkan, kesihatan sistem penghadaman dan kesihatan seluruh tubuh adalah sangat berkait rapat dan jangan sesekali memandang mudah terhadap perkara ini.

 Justeru, sistem penghadaman perlu dijaga dengan baik dengan mengambil makanan seimbang, tidur secukupnya, beriadah dan sebagainya.

 Antara makanan yang harus diambil  ialah makanan yang menpunyai serat tinggi seperti sayur-sayuran, kekacang, bijirin penuh dan buah-buahan.



 Ia memudahkan proses pembuangan najis, merendahkan risiko mendapat buasir dan masalah sistem penghadaman kronik lain seperti kanser kolon.

 Selain itu, dapatkan probiotik yang cukup dengan memasukkan produk makanan yang difermentasi dalam pemakanan harian kita.

 Ini termasuklah minuman susu berkultur, tempe mentah dan yogurt. Menerusinya, sistem penghadaman mendapat keperluan probiotik harian untuk mengekalkan keseimbangan di antara bakteria baik dan tidak baik dalam mikrobiota usus.

 Tidak dilupakan kita perlu dapatkan tidur yang berkualiti dan kerap bersenam. Antara aktiviti yang boleh diamalkan termasuk berjalan, berbasikal dan berenang.

 Tangani juga stres kerana ia boleh meningkatkan risiko masalah atau gangguan sistem penghadaman.

 Anda mungkin boleh menangani dan menguruskan stres dengan mendengar muzik, melancong dan keluar minum kopi bersama teman.

 Sementara itu, pengambilan minuman susu kultur VITAGEN yang mengandungi berbilion kultur probiotik hidup aktif misalnya, dapat membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan buruk untuk kesihatan sistem penghadaman.

  VITAGEN mengandungi dua jenis probiotik yang baik untuk kesihatan sistem penghadaman iaitu bakteria Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei.

 Dua strain kultur-kultur hidup yang aktif dalam VITAGEN ini terbukti secara klinikal baik untuk sistem penghadaman.



Gabungan dua strain kultur probiotik hidup yang berkuasa ini membantu meningkatkan bakteria baik dalam sistem penghadaman untuk penghadaman yang lebih sihat dan sistem imun yang lebih kuat.

 Tiga manfaat utama mengamalkan pengambilan probiotik menerusi VITAGEN adalah ia membantu menguatkan sistem imun badan, mempengaruhi kepekaan minda dan memberi kesan kepada emosi anda.

 Sebayak 70 peratus sistem imun kita berada dalam sistem penghadaman dan ia penting untuk kesejahteraan hidup.

 Sistem penghadaman juga mempengaruhi minda untuk menjadi lebih fokus dan peka manakala 90 peratus daripada serotonin dalam badan yang mempengaruhi emosi dihasilkan melalui sistem berkenaan.

 Perubahan gaya hidup mungkin mengambil masa untuk dibiasakan, tetapi jangan sesekali mengalah dan ia memerlukan tabiat yang konsisten.

 Bukankah mencegah lebih baik daripada merawat? Oleh itu, sayangilah sistem penghadaman anda untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2019 @ 2:12 PM