KUALA PILAH 27 JUN 2019. Abd Hamid Minhaj yang hilang sejak Isnin lalu dibawa pulang penduduk Kampung Jalan Anak Air Sepam, Rembang Panas sebaik dia ditemukan di pakan Juasseh. STR/AMRAN YAHYA


PESARA tentera, Abd Hamid Minhaj, 73, yang hilang dari rumahnya di Kampung Jalan Anak Air Sepam, Rembang Panas, Kuala Pilah, Isnin lalu ditemui selamat, hari ini.

Anak Abd Hamid iaitu Suhaimi, 39, berkata, bapanya ditemui penduduk kampung di Pekan Juasseh ketika menuruni bas yang datang dari arah Seremban pada 7.30 pagi.

Suhami yang juga anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Kuala Pilah berkata, sebaik tiba di rumah, bapanya begitu penat dan memberitahu berhari raya di Kelantan seorang diri.

“Bapa maklumkankan dia menemui sahabatnya yang tidak dinyatakan. Setahu saya bapa memiliki ramai kenalan ketika berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

“Saya bersukur kerana bapa sudah ditemui. Saya zahirkan terima kasih kepada semua pihak dan penduduk yang menghantar bapa pulang selain kejadian ini tular di media sosial,” katanya.

Isteri Abd Hamid iaitu Normah Talib, 67, menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan penemuan suaminya itu.

“Dua malam makcik tak dapat tidur memikirkan ke mana pakcik pergi. Alhamdulillah, dia sudah pulang dan berikan masa untuk dia berehat,” katannya.

Harian Metro semalam melaporkan Normah menyatakan kebimbangan dan buntu memikirkan kehilangan suaminya.

Katanya, suaminya disedari hilang dari kediaman pada 9 pagi dan kali terakhir dilihat membaca akhbar di anjung rumah sehari sebelumnya.

Berita berkaitan:

  • ‘Dua malam, saya tak dapat tidur’
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 11:56 AM