Pekerja Pasaraya Best Fresh Mart, Ijok turut membantu menjalankan proses sertu terhadap 60 troli susulan seorang pelanggan meletakkan anjing dalam troli itu, semalam. Foto Ihsan Pembaca
Amirul Aiman Hamsuddin
am@hmetro.com.my


ENAM puluh troli Pasaraya Best Fresh Mart, Ijok terpaksa disertu susulan tindakan seorang pelanggan meletakkan anjing dalam troli, semalam.

Gambar pelanggan bersama anjing itu tular di Facebook (FB) kira-kira 10 malam.

Jurucakap Bahagian Sumber Manusia Pasaraya Best Fresh Mart Norisah Ashaari berkata, kejadian itu pertama kali berlaku selepas pasar raya terbabit beroperasi sejak setahun lalu.

“Kita sudah mendapatkan bantuan pihak Masjid al-Awwabin, Bestari Jaya bagi membantu dan memantau proses menyertu kesemua troli berkenaan.

“Proses sertu itu berjaya diselesaikan dalam masa dua jam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norisah berkata, pihaknya meminta pelanggan lebih peka dan prihatin dalam menjaga keharmonian hidup masyarakat berbilang agama di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 9:00 PM