Perwakilan dari seluruh negara menghadiri PKTA di PWTC. FOTO Nik Hariff Hassan
Suraya Roslan

DATUK Abdul Fattah Abdullah mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) untuk penggal ketiga dalam Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-34 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Abdul Fattah memperoleh 2,924 undian menewaskan pencabarnya manakala bagi jawatan Naib Presiden dimenangi Prof Madya Datuk Dr Abdul Rahman Habdul Razak Shaik dengan undian 1,728.

Abdul Fattah mempertahankan jawatannya sebagai Presiden ANGKASA. FOTO Zunnur Al Shafiq

ANGKASA dalam satu kenyataan memaklumkan enam orang perwakilan dipilih sebagai Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Persidangan Kebangsaan Tahunan menewaskan enam pencabar lain.

Enam jawatankuasa itu adalah Alimen Ahmad memperoleh 2,571 undian; Norizah Abdullah (2,547), Datuk Mat Rejab Kassim (2,201); Siti Zawiyah Ahmad (2,138); Putera Syyamil Ahmad (2,024) dan Fadzilah Arshad (2,024).

Seramai 4,373 perwakilan sah dari 4,368 koperasi seluruh negara menghadiri persidangan yang berakhir 6.30 petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2019 @ 10:10 PM